Muzik, Nostalgia & Kopi di Taman Paramount

Di tengah kesibukan bandar Petaling Jaya, tersembunyi sebuah ruang santai yang membawa pengunjung kembali ke era analog, Eternyl Vinyl Cafe, terletak di tingkat atas lot kedai di Taman Paramount. Kafe ini bukan sekadar tempat minum kopi, kafe ini juga adalah sebuah listening bar ala Jepun yang membolehkan pengunjung menikmati muzik dari lebih 500 piring hitam (vinyl) dalam suasana yang tenang. 

Dengan hanya RM20 untuk sesi 90 minit, pengunjung boleh memilih album kegemaran mereka dari Taylor Swift hingga Pink Floyd, dari Studio Ghibli hingga Daft Punk dan mendengarnya melalui turntable Audio-Technica dan headphone kalis bunyi di stesen mendengar peribadi. Suasana kafe yang redup dengan sofa empuk dan poster retro menjadikan pengalaman ini seperti berada dalam filem indie yang hangat dan nostalgik.  

Bagaimana Nak Ke Sana? 

Pengunjung boleh menaiki tren Laluan Kelana Jaya dan turun di Stesen Taman Paramount. Dari stesen, Eternyl Vinyl Cafe hanya 9 minit berjalan kaki, menjadikannya lokasi ideal untuk sesi santai selepas kerja atau hujung minggu.  

Apa Yang Best Di Eternyl? 

Walaupun muzik menjadi tarikan utama, Eternyl juga menawarkan menu makanan dan minuman yang berkualiti. Antara pilihan popular termasuk: 

Original Burnt Cheesecake – kek keju bakar yang lembut dan berkrim  

Sausage Cheese Roll – snek ringan yang sesuai untuk teman mendengar muzik
 
Strawberry Matcha Latte – gabungan unik teh hijau dan strawberi 

Setiap pengunjung yang membuat pesanan makanan atau minuman juga boleh menikmati muzik secara percuma, menjadikan Eternyl bukan sahaja tempat untuk muzik, tetapi juga untuk menikmati hidangan ringan yang menyenangkan.

Loading Tender ...

Loading Profile ...