My50 Kini Lebih Pintar
Kalau anda pengguna setia Pas My50, ada berita baik untuk anda. Kini, anda bukan sahaja boleh menikmati perjalanan tanpa had dengan harga tetap RM50 sebulan, malah boleh melihat sendiri berapa banyak yang anda telah jimat.
Melalui ciri baharu Penjejak Penjimatan My50 dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet (TNG eWallet), pengguna yang membeli pas secara digital boleh menyemak jumlah penjimatan sebenar sepanjang tempoh penggunaan. Secara mudahnya, anda boleh bandingkan nilai pas dengan jumlah tambang yang sepatutnya dibayar jika setiap perjalanan dibuat secara berasingan.

Paparan yang disediakan ringkas dan mudah difahami. Sekali imbas, anda sudah tahu sama ada penggunaan My50 benar-benar memberi pulangan yang berbaloi untuk perjalanan harian anda, sama ada ulang-alik ke tempat kerja, ke kampus atau ke mana sahaja.
Lebih Mudah, Tak Perlu Beratur
Bukan itu sahaja. Kini, Pas Rapid Kota dan Pas Rapid Kembara juga boleh dibeli secara digital melalui mini program Travel Pass dalam aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet.
Ini bermakna anda tidak lagi perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan pas. Pembelian boleh dibuat pada bila-bila masa, di mana sahaja, dengan harga yang sama dan tanpa caj tambahan.
Selepas pembelian, pas boleh terus diaktifkan ke kad Touch ’n Go yang mempunyai fungsi NFC melalui aplikasi. Prosesnya cepat, mudah dan lebih praktikal untuk gaya hidup yang sibuk.
Ringkasnya, Apa Manfaat Untuk Anda?
Boleh lihat jumlah penjimatan sebenar My50.
Lebih mudah merancang perjalanan harian.
Pas Rapid Kota dan Rapid Kembara kini tersedia secara digital.
Tiada caj tambahan untuk pembelian dalam aplikasi.
Aktifkan terus ke kad Touch ’n Go NFC.
Dengan kemudahan ini, pengalaman menggunakan pengangkutan awam menjadi lebih mudah, lebih telus dan lebih bijak… semuanya di hujung jari anda.
Untuk maklumat lanjut, layari www.myrapid.com.my atau semak terus dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet.
