Prasarana Kongsi Rezeki Ramadan Bersama Rakan Media

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Prasarana Malaysia Berhad sempat singgah bertemu rakan-rakan media dengan berkongsi juadah berbuka puasa. Inisiatif kecil ini ditujukan khas buat pengamal media yang sentiasa komited menjalankan tugas, walaupun hingga ke waktu berbuka.

Kunjungan ringkas ini diharap dapat menceriakan sedikit rutin harian mereka yang sentiasa sibuk menyampaikan berita dan maklumat kepada orang ramai.

Program berkongsi rezeki ini merupakan antara inisiatif tahunan Prasarana sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan rakan media. Hubungan baik ini penting dalam memastikan maklumat berkaitan perkhidmatan pengangkutan awam dapat disampaikan dengan tepat, telus dan berkesan kepada masyarakat.

Tahun ini, antara organisasi media yang sempat dikunjungi termasuk Media Prima Berhad, BERNAMA, Astro AWANI dan RTM. Setiap kunjungan disambut dengan penuh mesra, mencerminkan hubungan erat yang telah lama terjalin.

Walaupun sederhana, perkongsian ini membawa makna besar sebagai simbol kebersamaan dan saling menghargai, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Ia juga menjadi ruang untuk bertukar senyuman walaupun hanya seketika.

Prasarana berharap hubungan baik bersama rakan media ini akan terus kekal kukuh, bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi sepanjang masa, dalam usaha bersama menyampaikan maklumat dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Loading Tender ...

Loading Profile ...