Satu Ruang Selamat

Coming from a girl who is a big fan of the Women Only Coach, I would rather wait for the next train just to get into the WOC.

There was one time when I got tired of scrolling through my phone. So, I started looking around the coach. Not judging, just observing.

I started to wonder, what makes these women choose to wait for the Women Only Coach?

And then, I saw it.

Ada satu rasa selamat yang mungkin hanya difahami oleh wanita.

Ruang di mana kita boleh berdiri rapat, bersentuhan bahu atau bersandar ketika tren penuh, tanpa rasa janggal.

Ruang di mana kita tahu, kita berada bersama orang yang memahami.

Apabila seorang wanita membantu wanita lain mengambil telefon yang terjatuh di lantai.

Apabila seorang wanita memberi ruang untuk wanita lain untuk masuk ke dalam tren.

Apabila seorang wanita membetulkan tudungnya, tanpa perlu risau auratnya.

Apabila seorang wanita bangun dan bersuara apabila ada lelaki cuba masuk ke koc wanita.

Apabila seorang wanita menghulurkan tempat duduknya kepada wanita hamil, kerana kita tahu bukan mudah untuk berdiri lama ketika membawa satu lagi nyawa dalam tubuh.

Mungkin, semua ini nampak seperti perkara kecil.

Tetapi dalam koc ini, perkara-perkara kecil itulah yang membuatkan kita rasa selamat.

Perkara kecil yang membuatkan saya nampak satu garis kesefahaman antara wanita,  mereka mungkin tidak saling mengenali, tetapi kita punya naluri yang sama

Apabila wanita saling menjaga, membantu dan menghormati, koc ini bukan sekadar tempat untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Ia menjadi pilihan. Ia menjadi rutin.

Mungkin itulah sebabnya ada yang sanggup menunggu tren seterusnya.

Kerana kadang-kadang, kita bukan sekadar mencari tren untuk sampai ke destinasi.

Kita mencari satu ruang untuk rasa selamat.

Loading Tender ...

Loading Profile ...