Gelagat Si Bulus, Pencuit Hati Pengunjung

Perhatian kepada semua pencinta kucing!

Pernah terbayang seronoknya lepak di kafe sambil menikmati secangkir kopi ditemani si bulus? Bunyi macam purrrfect kan?

Siapa sangka, telatah sekumpulan kucing mampu menjadi tarikan utama sesebuah kafe? Itulah keunikan Monster A Garden Cafe, tempat di mana pengunjung boleh menikmati hidangan sambil bermain dan berinteraksi dengan si bulus.

Nak tarik perhatian mereka? Bolehlah membeli snek kucing atau menyewa permainan yang disediakan. Mana tahu, dapatlah kawan berbulu baharu!

Tapi, cats will be cats.

Ada yang lebih rela tidur daripada melayan ajakan bermain. Kalau tak dapat bermanja, tengok mereka tidur pun jadilah!

Antara yang mencuri perhatian ialah Bibi, si bulus dengan wajah cebek  24 jam.

Pandang sekali, rasa kesian. Pandang dua kali, makin rasa bersalah kalau tak melayan.

Bibi ni bukan jenis berebut makanan. Kalau kucing lain sibuk menyerbu, dia cuma menunggu berhampiran dengan muka kesian tu.  Macam nak kata, “What are you waiting for, feed me!”  Snek pun kena hantar depan mata! Diva betul Si Bibi ni!

Pilihan Saya

Chuckdozer

Chicken popcorn yang  rangup di luar, lembut di dalam dicicah dengan sos keju purrfect for snacking.

Strawberry Croffle

Croffle yang rangup, dengan satu skop aiskrim vanila dan siraman sos strawberi. Kalau bukan team strawberi, boleh pilih set Croffle Salted Miso Caramel atau Croffle Pistachio juga nampak menarik!

Strawberry Coco Cloud Ice

Campuran jus strawberi dan air kelapa yang menyegarkan dan lapisan cloud berkrim, memberi gabungan rasa segar dan creamy, this one’s worth a try!

Jom singgah!

Kalau tak gemar suasana sesak, cuba datang pada hari bekerja. Kafe ini dibuka setiap hari kecuali Selasa, dari jam 11.00 pagi hingga 7.30 malam.

Naik Laluan Kajang atau Laluan Kelana Jaya dan turun di Stesen Pasar Seni, kemudian berjalan kaki kira-kira 10 minit dari Pintu A ke Jalan Sultan. Kedai ini terletak di tingkat satu.

Loading Tender ...

Loading Profile ...