Lebih 66,000 Pengunjung Memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Rapid KL 

Sambutan Ulang Tahun Rapid KL yang membawa tema Dua Dekad Bersama telah berjaya menarik lebih 66,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran festival yang berlangsung pada 9 dan 10 November 2024 di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX).

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang melawat galeri pameran evolusi 20 tahun transformasi dan kejayaan Rapid KL yang menjadi nadi penggerak dan tulang belakang kepada ibu kota Kuala Lumpur. Selain itu pameran mengenai projek LRT Laluan Shah Alam (LRT3) dan Pemeriksaan Awam MRT3 turut menjadi tumpuan para pengunjung. 

Sebanyak 49 reruai yang tediri daripada peniaga-peniaga tempatan turut mengambil bahagian di dalam festival yang bermula dari ajm 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Lokasi TRX dipilih menjadi tuan rumah bagi acara ini kerana kedudukan strategik di antara dua Laluan MRT Kajang yang mempunyai daya tarikan tinggi. 

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Haji Fadillah Yusof, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Jamaluddin Ibrahim dan barisan kepimpinan kanan Prasarana. 

Berucap ketika merasmikan sambutan ini, beliau juga turut menzahirkan penghargaan kerajaan atas peranan besar Prasarana dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, dari hanya sebuah sistem pengangkutan biasa kepada jaringan pengangkutan moden yang menjadi tulang belakang mobiliti bandar. 

Dalam majis ini juga, YAB Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan Pas MyTourist yang menawarkan perjalanan tanpa had melalui perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL. Pas ini turut menawarkan faedah tambahan menarik, termasuk diskaun di beberapa lokasi tumpuan pelancongan, rangkaian makanan dan minuman (F&B), pusat membeli belah serta taman tema terpilih seperti Petrosains, Menara BerkembarPetronas, Sunway Lagoon dan Menara Kuala Lumpur. 

Loading Tender ...

Loading Profile ...