Pejabat Korporat RTSO Rasmi Dibuka Di Johor Bahru

Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT menempa satu lagi detik bersejarah menerusi projek rel RTS apabila pejabat korporat baharu yang terletak di aras 17, Menara JLand Johor Bahru secara rasmi dibuka semalam (5 Februari 2025).

Kewujudan pejabat korporat ini sebagai simbol hubungan serantau dan kolaborasi, melampaui struktur fizikalnya. Selain itu ia juga melambangkan keteguhan serta komitmen terhadap kecemerlangan, inovasi, dan kerjasama yang kukuh di antara dua negara.

Berucap pada majlis pembukaan pejabat korporat RTS, Pengerusi RTS Operations Pte Ltd (RTSO), Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata, perasmian pejabat RTSO pada hari ini merupakan satu lagi pencapaian penting ke arah persediaan untuk pengoperasian kelak.

Beliau turut berkongsi tentang pemilihan lokasi pejabat ini yang sangat strategik untuk memantau kemajuan RTS Link. Kakitangan dapat melihat secara jelas kemajuan projek pembinaan Depot Wadi Hana, Stesen Bukit Chagar dan jajaran RTS.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh dua tetamu kehormat iaitu Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, dan Pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming dengan menandatangi plak sebagai gimik pelancaran. Turut bersama di dalam majlis ini adalah ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan daripada Prasarana, SMRT dan RTSO.

Para tetamu turut dibawa meninjau ruang kerja yang terdapat di dalam premis berkenaan sambil menikmati pemandangan utama Stesen Bukit Chagar yang sedang dalam pembinaan.

Loading Tender ...

Loading Profile ...