Tinjau Persediaan Bas Elektrik di Johor

Sebagai sebahagian daripada usaha memperluas penggunaan mobiliti hijau, kepimpinan tertinggi Prasarana telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak pemasangan bas elektrik (EV) di Johor pada awal April 2026. Lawatan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan bas EV sebelum diserahkan untuk kegunaan operasi pengangkutan awam.

Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada kemajuan pemasangan bas elektrik bersaiz kecil dan besar yang akan dihantar secara berperingkat. Antara aspek utama yang diteliti termasuk kualiti pemasangan, integrasi sistem utama, pematuhan piawaian keselamatan serta kesediaan dokumentasi dan ujian teknikal.

Bagi bas elektrik bersaiz kecil yang direka untuk kegunaan bandar, unit pertama telah siap dipasang dan sedang melalui proses akhir sebelum penyerahan. Sementara itu, pemasangan bas elektrik bersaiz besar menunjukkan kemajuan yang positif, dengan kerja-kerja pembinaan dan integrasi berjalan mengikut jadual.

Secara keseluruhan, lawatan ini mencerminkan kesungguhan Prasarana dalam memastikan peralihan ke arah pengangkutan awam rendah karbon dilaksanakan secara terancang dan berkualiti, sekali gus menyokong perkhidmatan yang lebih bersih, cekap dan mampan untuk rakyat.

Loading Tender ...

Loading Profile ...