Pasar Seni bukan sekadar destinasi seni dan budaya ataupun hab pengangkutan awam yang sibuk. Di sebalik bangunan warisan, lorong-lorong kecil dan mural penuh karakter, kawasan ini sebenarnya menyimpan pelbagai hidden gems untuk pencinta kopi dan desserts.
Menariknya, kebanyakan café ini hanya sekitar lima hingga 15 minit berjalan kaki dari Stesen Pasar Seni, memang sesuai untuk sesi café hopping santai bersama kawan, me time, atau healing selepas penat bekerja.
Smai Café – Cozy & vintage vibes
Terselit di salah satu lorong kecil di Pasar Seni, Smai Café tampil dengan suasana vintaj yang cukup tenang dan cozy. Dari luar, kafe ini nampak sederhana, tetapi sebaik melangkah masuk, suasananya terus buat rasa nyaman.
Memang sesuai untuk buat kerja, cari inspirasi atau sekadar menikmati secawan kopi sambil berehat dari kesibukan kota. Kalau singgah ke sini, jangan lupa cuba lemon curd pie mereka — kombinasi masam dan manis yang memang ngam.


KLCG – Viral Spot Worth The Queue
Siapa yang aktif di media sosial pasti pernah nampak KLCG. Selepas viral beberapa bulan lalu, café ini kini membuka outlet kedua dan terus menjadi antara spot wajib singgah di Pasar Seni.
Terkenal dengan pilihan pastry yang pelbagai dan cantik dipandang, suasana di sini memang sentiasa meriah terutama pada hujung minggu. Walaupun perlu beratur panjang, ramai yang kata ia memang berbaloi.
Personal favourite? Pavlova dan raspberry mousse! Ringan, manis dan memang best untuk pencinta dessert.


Gioia – Bila Nak Tukar Selera
Kalau dah bosan dengan kopi, Gioia mungkin boleh jadi pilihan seterusnya. Café ini terkenal dengan gelato premium yang dibuat segar setiap hari dengan pelbagai pilihan rasa unik.
Antara yang wajib cuba ialah coconut caramelised espresso, gabungan rasa kopi dan karamel yang rich tetapi tidak terlalu manis. Memang sesuai untuk cuaca panas di sekitar kota.

Fluffed – Heaven for Waffle Lovers
Bagi peminat waffle dan ais krim, Fluffed sememangnya tidak boleh dilepaskan. Café ini terkenal dengan waffle yang rangup di luar tetapi lembut dan fluffy di dalam, dipadankan pula dengan ais krim homemade pelbagai perisa.
Kalau pertama kali datang, boleh cuba menu popular mereka, Pooh’s bear favourite – kombinasi yang cukup comforting untuk minum petang santai.

Nak mulakan sesi café hopping di Pasar Seni pun mudah. Hanya turun di Stesen Pasar Seni dan keluar melalui Pintu A MRT. Selepas itu, anda hanya perlu berjalan kaki untuk meneroka sendiri port-port menarik di sekitar kawasan ini.
Kadang-kadang, hidden gems terbaik memang ditemui hanya beberapa langkah dari stesen.
