Dari depoh yang buruk, kepada café yang estatik.
Kafé Grumpy Bagel telah memberi nafas baru kepada sebuah bangunan lama yang usang menjadi satu ruang yang bukan sahaja selesa dan luas, malah menyajikan juadah yang lazat dan memuaskan.
Siapa sangka lokasi ini kini menjadi kafe tumpuan orang ramai, sehingga pengunjung perlu menunggu sekurang-kurangnya 40 minit untuk mendapat meja pada hujung minggu.
Tetapi percayalah… penantian ini memang berbaloi!
Pilihan Saya
Garlic Cream Cheese Bagel
Bagel yang lembut, rasa bawang putih dan krim keju yang seimbang, not too overpowering. Dipadankan dengan secawan Americano, ia merupakan pilihan sempurna untuk sarapan yang ringan.
Matcha Red Bean Mochi Bagel
Bukanlah Gen Z tanpa matcha. Saya tahu, bunyi macam pelik. If you are a matcha lover, this is a must-have!
Honey Bee
Ini merupakan antara best seller di Grumpy Bagel ni.
Jom Naik MRT!
Tempat letak kereta di Sentul Depot agak terhad, terutamanya pada hujung minggu. Jadi, apa kata tinggalkan kereta di rumah dan gunakan pengangkutan awam?
Naiki Laluan Putrajaya dan turun di Stesen Sentul Barat. Keluar melalui Pintu C dan berjalan kaki sekitar lima minit untuk tiba di Sentul Depot. Dari pintu utama, perjalanan selama lebih kurang 10 minit akan membawa anda ke kafe ini, yang sudah menjadi antara top-5 bagi saya!


