Bersantai di Monster A Garden Café Bersama ‘Si Bulus’

Buat pencinta ‘si bulus’ di luar sana, anda boleh bersantai bersama makhluk comel ini di kafe berkonsepkan taman mini yang didekorasikan dengan pelbagai jenis tumbuhan dan hiasan seni serta kraf moden. Terletak di tengah ibu kota dan berdekatan LRT Pasar Seni, Monster A Garden Café ini mempunyai daya tarikan tersendiri dengan kehadiran berpuluh ekor kucing di setiap penjuru kafe dan pilihan makanan yang menarik.

Ruangan kafe ini juga dijaga dengan bersih dan cermat untuk pengunjung bermain bersama kucing-kucing dengan selesa.

Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakan kucing disini adalah kucing jalanan yang diselamatkan dan dijaga dengan rapi dan baik. Rata-rata ramai pengunjung memuji kafe ini tidak berbau walaupun ada banyak makhluk comel berkeliaran.

Kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti kopi, pastri, dan juga makanan ringan lain.  Antara hidangan ‘bestseller’ adalah

  1. Set Croffee

Set ini didatangkan dengan gabungan Ais Latte yang dihidangkan bersama pastri croissant yang gebu.

  • Okonomiyaki Waffle

Biasanya waffle dihidangkan bersama madu atau lepaan peanut butter yang manis. Tetapi hidangan ini mempunyai rasa yang sangat unik dengan gabungan rasa Okonomiyaki, hidangan yang berasal dari Jepun.

  • Kari Ayam Katsu

Hidangan yang merupakan antara paling laris. Nasi dari beras Jepun dihidangkan bersama kari Jepun dan potongan ayam goreng katsu ini menjadi piihan pengunjung yang inginkan makanan berat dan mengenyangkan. Hidangan ini sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas.

Bagaimana hendak ke Monster A Garden Café?

Jika anda menaiki pengangkutan awam tren atau bas, anda boleh turun di Stesen LRT Pasar Seni atau hab bas Pasar Seni. Kemudian, menuju ke Jalan Sultan dan berjalan sedikit selama 5 minit untuk tiba di kafe ini.

Monster A Garden Café

Lokasi: Berhampiran Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 10:00 AM – 8:00 PM

Loading Tender ...

Loading Profile ...