Buka Puasa Santai, Eratkan Hubungan Prasarana & Media

Prasarana Malaysia Berhad meneruskan tradisi Ramadan dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 100 rakan media sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka.

Majlis berlangsung dalam suasana santai dan mesra, memberi ruang kepada warga media dan pihak pengurusan Prasarana untuk berinteraksi di luar kesibukan tugasan harian.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Amir Hamdan bersama barisan kepimpinan turut hadir menyantuni tetamu serta merakamkan penghargaan atas peranan penting media dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Lebih daripada sekadar berbuka puasa, pertemuan ini mencerminkan hubungan erat yang telah lama terjalin, selain mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara Prasarana dan rakan media.

Dalam masa sama, majlis ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan secara santai, sekali gus memperkukuh kefahaman bersama antara kedua-dua pihak.

Prasarana berharap hubungan baik ini akan terus diperkasa, demi memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat serta menyokong pembangunan pengangkutan awam negara.

Loading Tender ...

Loading Profile ...