Program CSR Bersama Keluarga B40 dan OKU di Subang Jaya

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Jabatan Komunikasi & Hubungan Pihak Berkepentingan dan Divisyen Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti, Persekitaran & Pembangunan Lestari Kumpulan telah mengadakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada 18 Februari 2025 untuk membantu keluarga B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Subang Jaya. Program ini diadakan bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 dan merupakan hasil kolaborasi antara Prasarana dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya. Matlamat utama program ini adalah untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik, khususnya OKU, dalam menyambut musim perayaan yang penuh bermakna.

Sebanyak 30 pek barangan keperluan asas telah diagihkan kepada keluarga B40 dan OKU dari komuniti Cina sekitar Subang Jaya. Selain memberikan bantuan, program ini juga bertujuan memupuk semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia sebagai simbol keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat majmuk.

Pelaksanaan program ini dimulakan dengan pengagihan barangan keperluan asas di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Subang Jaya pada waktu pagi di mana penerima keluarga B40 yang hadir dapat menerima bantuan secara terus. Program ini diteruskan dengan pengagihan bantuan dari rumah ke rumah bagi penerima golongan OKU yang tidak dapat hadir ke Pejabat ADUN.

Pendekatan ini memastikan tiada golongan yang tercicir dan sekaligus mencerminkan komitmen berterusan Prasarana dalam memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat. 

Loading Tender ...

Loading Profile ...