Menghargai kepercayaan anda dalam perjalanan mobiliti harian.
Rapid KL baru baru ini mencatat satu pencapaian penting apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi kategori Pengangkutan & Pelancongan di Putra Brand Awards 2025, sebuah pengiktirafan berprestij yang dinilai sepenuhnya berdasarkan pilihan pengguna.
Penghargaan ini membawa makna besar kerana ia mencerminkan keyakinan tinggi masyarakat terhadap perkhidmatan rel dan bas Rapid KL. Ia juga menjadi tanda bahawa usaha berterusan dalam memperkukuh kebolehpercayaan operasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan mula membuahkan hasil.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Amir Hamdan, turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengguna yang menyokong dan mengundi Rapid KL, sambil menyifatkan pencapaian ini sebagai kejayaan bersama rakyat dan warga kerja.
Sebagai pengendali pengangkutan awam utama di Lembah Klang dengan lebih sejuta perjalanan penumpang setiap hari, sokongan pengguna merupakan nadi yang menggerakkan komitmen kami untuk terus memperbaiki perkhidmatan, memacu inovasi, serta membina sistem mobiliti bandar yang lebih mampan dan inklusif.
Hari ini, Rapid KL ingin menyampaikan satu mesej utama:
Terima kasih kepada setiap pengguna yang memilih Rapid KL sebagai rakan perjalanan harian.
Pengiktirafan ini adalah untuk anda, kerana kepercayaan, kesetiaan dan sokongan berterusan andalah yang membentuk kekuatan jenama kami.
Rapid KL akan terus berusaha untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik, lebih selesa dan lebih boleh dipercayai, seiring aspirasi mobiliti bandar yang terus berkembang.
