LKAN: Pengangkutan awam darat di Lembah Klang memuaskan

Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang adalah memuaskan dari aspek penyediaan infrastruktur rel dan bas, tahap pengoperasian perkhidmatan rel, peningkatan penumpang serta integrasi dan ketersambungan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 yang dibentangkan di Parlimen pada November 2023.

Namun, laporan tersebut menggariskan beberapa langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pengendali pengangkutan awam termasuk tahap pengoperasian perkhidmatan bas, perkongsian mod, penggunaan kenderaan cekap tenaga, serta kemudahan bagi golongan rentan dan OKU.

Pihak Prasarana kini giat berusaha untuk mengatasi beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti dalam usahanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang inklusif, cekap serta boleh dipercayai.

Loading Tender ...

Loading Profile ...